Thursday, September 3, 2026

LIMPAHAN HARTA DAN ANAK-AAK BUKAN TANDA KASIH SAYANG ALLAH

 Allah berfirman dalam surah Al-Mukminun, ayat 55 dan 56:



di kala hartamu banyak bercambah

anak-anakmu ramai dan gagah

menjadilah kamu kaya dan mewah

sehari-hari hidupmu meriah.


janganlah engkau rasa bertuah

kononnya engkau disayangi Allah

ukurlah diri dengan Quran dan Sunnah

apakah engkau dalam istiqamah


kebaikan yang disegerakan oleh Allah

banyak membuat orang terfitnah

disangka diri mendapat ma'unah

rupanya istidraj sedang membarah


 Keberuntungan jangan tersalah ukur

harta dan anak-anak  janganlah takbur

terimalah ia dengan penuh syukur

ialah ujian buatkan ramai yang futur

Wednesday, September 2, 2026

BERAPA TAHUN KAU HIDUP DI DUNIA?



يُسْألُ الأشقياء في النار: كم بقيتم في الدنيا من السنين؟
وكم ضيَّعتم فيها من طاعة الله؟


.. قالوا لِهول الموقف وشدة العذاب: بقينا فيها يومًا أو بعض يوم،


فاسأل الحُسَّاب الذين يعدُّون الشهور والأيام..


قال لهم: ما لبثتم إلا وقتًا قليلا لو صبرتم فيه على طاعة الله لفزتم بالجنة، لو كان عندكم علم بذلك؛ وذلك لأن مدة مكثهم في الدنيا قليلة جدا بالنسبة إلى طول مدتهم خالدين في النار.


Berapa tahun hidupmu di dunia
cubalah kau hitung dari mula
hingga akhirnya maut datang menyapa
kenapa engkau mensia-siakanya?

Orang derhaka cuma merasa
hidup di dunia sekejap cuma
hanya sehari atau separuh sahaja
sudah tercatat dalam kiraan usia


Memang jika dibandingkan lamanya masa
di akhirat sana tidaklah terkira
hidup dalam dunia sedikit cuma
sedarlah ia bagi siapa yang menginsafinya.














 

Monday, July 13, 2026

CELIK TAFSIR

Belajar tafsir adalah melengkapkan faedah Al-Quran buat kita. Tak cukup dengan baca, tarannum dan hafal. Kita juga perlu fahami dengan tafsir yang betul tapi praktikal dan tidak jumud. Tafsir biar hidup dan berfungsi dalam kehidupan reliti. Saya syorkan  untuk baca tafsir-tafsir yang dikemukana oleh Maulana Hadi dalam webnya:

Klik:  Celik Tafsir

Tuesday, June 16, 2026

SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1-42 MS 342-344


Orang mukmin manusia berjaya
bila khusyuk dalam solatnya
menjauhi diri perkara sia-sia
kewajipan zakat tidak dilupa

Maruah kemaluan sentiasa dijaga
tidak mengikut nafsu durjana
kepada isteri dia setia
juga hamba jika ada

Amanah dan janji sentiasa dipelihara
Solat lima waktu dijaga sentiasa
inilah sifat pewaris syurga
syurga firdaus diberi nama

Ingatlah olehmu asal kejadian
dari tanah itulah permulaan
kemudian dari air mani kamu diciptakan
disusun bertahap mencapai

Manusia dicipta kejadiannya indah
Namun ada mati sebagai penyudah
Kelak dibangkitkan pula di hari Qiamah
Untuk diadili perbuatan yang diolah

Allah mencipta lagit tujuh petala
segala orbit dilakar sempurna
tempat planet dan bintang semua
oleh Allah tidak dilalaikannya. 


Dari langit air diturunkan 
mengikut kadar dalam ketentuan
dalam bumi ia disimpan
kuasa Allah tidak terlawan

Air turun sebagai hujan
menumbuhkan segala macam tanaman
kurma anggur aneka buahan
buat manusia sebagai makanan



 

Sunday, June 14, 2026

SURAH SABA' AYAT 1- MS 428-

 



Puji Tuhan Allah yang kabir
Pemilik awal dan juga akhir
Dialah Tuhan Hakim lagi Khabir
Maha mengetahui Rahim lagi Ghafur

Orang kafir tak percaya kiamat
sedangkan dunia pastilah tamat
Allah tahu segala ghaibiyat
kecil dan besar dalam kauniyat

Orang berbuat amal soleh
diberi ampun oleh Allah
diganjarkan syurga negeri bertuah
tempat terbaik sebagai penyudah.

Orang kafir tak percaya kebangkitan
bila tubuh hancur berserakan
dalam tanah terbenam berzaman
mana mungkin kembali bercantuman










Monday, June 8, 2026

SURAH AD-DZARIYAT AYAT 1-60 (MS320-323)

 

Demi Dzariat sang angin penyebar
Demi Hamilat sang awan nan sarat
Demi Jariyat bahtera nan berat
Demi Muqassimat malaikat berkhidmat

Semua janji para Rasul
Pasti terjadi tidak tersasul
kiamat itu akan muncul
menjadi nyata serta betul


langit itu ada laluanya
manusia di bumi tidak mengatahuinya
kerana jahil banyak khilafnya
hilang hidayah tidak jumpa jalannya.

Orang bertakwa dalam syurga
mata air memancar pesona
itulah ganjaran Tuhan Rabbana
atas kebaikan dalam dunia.

Masa di dunia malamnya berjaga
berbuat ibadat siap siaga
di waktu dini  istigfar pula
harta yang ada tidak haloba

Kisah Ibrahim jadikan iktibar
malaikat datang menyampaikan khabar
saat putus segala ikhtiyar
dapatlah anak ganjaran sabar

Perihal Sadom disampaikan berita
Azab Tuhan telah tiba 
balasan buat bangsa derhaka
sesama jantina nafsu bergelora




Dalam negeri kafir balaka
Hanya Lut beriman juga
malangnya isteri jenis derhaka
datang azab semua binasa

Kisa Musa nabi Israel
kepada Firaun baginda diwakil
mendakwahi raja yang banyak takwil
akhirnya Firaun mati diwail

Sejak berzaman katanya sama
bukan kerana pesan sesama
para nabi dituduh punya angkara
lalu digelar penyihir durjana

bicara sama antara generasi
bukan kerana pesan abadi
hanya kerana rasa dikongsi
lalu lahirlah ungkapan selari

jika para Nabi dituduh majnun
pewarisnya juga diletak serumpun
nabi digelar sebagai pak dukun
para ulama dituduh jakun

Tugas nabi memberi ingat
siapa mahu dapatlah nikmat
memetik iman buahnya lazat
siapa engkar tak dapat diselamat

peringatan itu memberi manfaat
cuma buat mukminin mukminat
para nabi tidak dilaknat
sekalipun ditolak seluruh jagat
















SURAH TAHA AYAT 1-135( MS 315-320)

 Hafazan selesai: ayat 115-127


Adam tinggal dalam syurga 
dibiar bebas berbuat apa sahaja
cuma dilarang satu perkara
sepohon kayu jangan dekat kepadanya

Ada iblis menyimpan dendam
kerana enggan sujudkan Adam
dia disingkir dari rahmat Tuhan
Diintainya Adam dalam diam

Adam dan Hawa dipujuk rayu
agar makan buah yang satu 
larangan Tuhan datafsirkan restu
makan buah kekal di situ.