Tuesday, June 16, 2026

SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1-42 MS 342-344


Orang mukmin manusia berjaya
bila khusyuk dalam solatnya
menjauhi diri perkara sia-sia
kewajipan zakat tidak dilupa

Maruah kemaluan sentiasa dijaga
tidak mengikut nafsu durjana
kepada isteri dia setia
juga hamba jika ada

Amanah dan janji sentiasa dipelihara
Solat lima waktu dijaga sentiasa
inilah sifat pewaris syurga
syurga firdaus diberi nama

Ingatlah olehmu asal kejadian
dari tanah itulah permulaan
kemudian dari air mani kamu diciptakan
disusun bertahap mencapai

Manusia dicipta kejadiannya indah
Namun ada mati sebagai penyudah
Kelak dibangkitkan pula di hari Qiamah
Untuk diadili perbuatan yang diolah

Allah mencipta lagit tujuh petala
segala orbit dilakar sempurna
tempat planet dan bintang semua
oleh Allah tidak dilalaikannya. 


Dari langit air diturunkan 
mengikut kadar dalam ketentuan
dalam bumi ia disimpan
kuasa Allah tidak terlawan

Air turun sebagai hujan
menumbuhkan segala macam tanaman
kurma anggur aneka buahan
buat manusia sebagai makanan



 

Sunday, June 14, 2026

SURAH SABA' AYAT 1- MS 428-

 



Puji Tuhan Allah yang kabir
Pemilik awal dan juga akhir
Dialah Tuhan Hakim lagi Khabir
Maha mengetahui Rahim lagi Ghafur

Orang kafir tak percaya kiamat
sedangkan dunia pastilah tamat
Allah tahu segala ghaibiyat
kecil dan besar dalam kauniyat

Orang berbuat amal soleh
diberi ampun oleh Allah
diganjarkan syurga negeri bertuah
tempat terbaik sebagai penyudah.

Orang kafir tak percaya kebangkitan
bila tubuh hancur berserakan
dalam tanah terbenam berzaman
mana mungkin kembali bercantuman










Monday, June 8, 2026

SURAH AD-DZARIYAT AYAT 1-60 (MS320-323)

 

Demi Dzariat sang angin penyebar
Demi Hamilat sang awan nan sarat
Demi Jariyat bahtera nan berat
Demi Muqassimat malaikat berkhidmat

Semua janji para Rasul
Pasti terjadi tidak tersasul
kiamat itu akan muncul
menjadi nyata serta betul


langit itu ada laluanya
manusia di bumi tidak mengatahuinya
kerana jahil banyak khilafnya
hilang hidayah tidak jumpa jalannya.

Orang bertakwa dalam syurga
mata air memancar pesona
itulah ganjaran Tuhan Rabbana
atas kebaikan dalam dunia.

Masa di dunia malamnya berjaga
berbuat ibadat siap siaga
di waktu dini  istigfar pula
harta yang ada tidak haloba

Kisah Ibrahim jadikan iktibar
malaikat datang menyampaikan khabar
saat putus segala ikhtiyar
dapatlah anak ganjaran sabar

Perihal Sadom disampaikan berita
Azab Tuhan telah tiba 
balasan buat bangsa derhaka
sesama jantina nafsu bergelora




Dalam negeri kafir balaka
Hanya Lut beriman juga
malangnya isteri jenis derhaka
datang azab semua binasa

Kisa Musa nabi Israel
kepada Firaun baginda diwakil
mendakwahi raja yang banyak takwil
akhirnya Firaun mati diwail

Sejak berzaman katanya sama
bukan kerana pesan sesama
para nabi dituduh punya angkara
lalu digelar penyihir durjana

bicara sama antara generasi
bukan kerana pesan abadi
hanya kerana rasa dikongsi
lalu lahirlah ungkapan selari

jika para Nabi dituduh majnun
pewarisnya juga diletak serumpun
nabi digelar sebagai pak dukun
para ulama dituduh jakun

Tugas nabi memberi ingat
siapa mahu dapatlah nikmat
memetik iman buahnya lazat
siapa engkar tak dapat diselamat

peringatan itu memberi manfaat
cuma buat mukminin mukminat
para nabi tidak dilaknat
sekalipun ditolak seluruh jagat
















SURAH TAHA AYAT 1-135( MS 315-320)

 Hafazan selesai: ayat 115-127


Adam tinggal dalam syurga 
dibiar bebas berbuat apa sahaja
cuma dilarang satu perkara
sepohon kayu jangan dekat kepadanya

Ada iblis menyimpan dendam
kerana enggan sujudkan Adam
dia disingkir dari rahmat Tuhan
Diintainya Adam dalam diam

Adam dan Hawa dipujuk rayu
agar makan buah yang satu 
larangan Tuhan datafsirkan restu
makan buah kekal di situ.




Sunday, June 7, 2026

SURAH FATHIR AYAT 1-45 Ms 436-440








 

SURAH YUSUF AYAT 1- 111 MS 235


Kisah Yusuf sangatlah indah
permulaan sedih bercampur gundah
Saat kecil Yusuf  berpisah
akhirnya bersatu dihujung kisah

Yusuf bermimpi yang punya maksud
sebelas bintang kepadanya besujud
matahari dan bulan sama mengikut
kepada saudara dilarang menyebut.

Manusia itu sifatnya dengki
nikmat orang lain dirasa iri
Yaakob bimbang anaknya sendiri
kepada Yusuf mereka benci







Surah Selengkapnya dalam satu paparan: https://surahquran.com/12.html



Tuesday, June 2, 2026

SURAH SOOD AYAT 1-88 (MS 453-458)

 












Surah Qaf Ayat 1-45 ( MS 518-520)

 







Bacaan Ikfa' dalam huruf muqata'ah


Bacaan akhir ain ada dengung yang dinamakan ghunnah muraqqaqah
Bacaan akhir sin ada dengung yang dinamakan ghunnah mufakhomah


AWAL SURAH AN-NAMLU AYAT 1-13 (MS 377)


 Perhatian:

Ada kekeliruan ayat selepas huruf muqata'ah.
Dalam surah An-namlu, selepas To siin-ayat adalah ITULAH AYAT-AYAT QUAN DAN KITAB YANG JELAS.

Lafaz Ayat quran dan kitab

Sementara dalam SURAH YUSUF HAMPIR SAMA.

Selepas huruf muqata'ah  ALIF LAM RA

MAKA disambungkan ayat berikutnya ITULAH AYAT KITAB YANG YANG NYATA

AYAT KITAB MUBIN
TIADA KALIMAH QURAN DI SINI

Ingat baik-baik perbezaan antara dua surah ini:


﴿ طس ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ﴾
[ سورة النمل: 1]



﴿ الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ﴾

[ سورة يوسف: 1]



Ada persamaan dalam surah As-Syuaraa' dan Surah Al-Qosas. Kedua-dua surah sama dari sudut permulaan.

طٰسٓمّٓ(1) تِلْكَ اٰیٰتُ الْكِتٰبِ الْمُبِیْنِ(2)









AKHIR SURAH AN-NAMLU AYAT 89-93

 



Tadabbur ayat:

Ayat 89

Seiapa yang datang (yakni bangkit di hari mahsyar untuk hari perhitungan amal) membawa hasanah iaitu ketauhidan ayng tulus, keimanan yang khalis kepada Allah SWT, ibadah yang bersih, dan amal-amal soleh yang diterima Allah, maka pada hari itu dia akan diberikan ganjaran yang lebih baik daripada semua yang dibuatnya itu. Apa yang lebih baik daripada semuanya. Tidak lain adalah syurga. Selain itu, dia akan selamat daripada kejutan di hair kiamat. Faza'il akbar iaitu tiupan serunai sangkakala yang membuatkan kejutan seluruh alam.

Ayat 90

Menurut Ibn Mas'ud, Abu Hurairah, Ibn Abbas, Anas bin Malik dan ramia lagi kalangan Tabi'in menafsirkan maksud Sayyi-ah dalam ayah ini pula adalah SYIRIK.

Balasan buat mereka yang dibangkitkan dengan syrik , pada hari itu mereka akan tersembam wajah mereka ke dalam api neraka. 

Kemudian diherdik dengan kasar oleh para malaikat dengan kata mereka: Apa yang kalkian buat, inilah yang kalian pungit! Siapa yang menyemai lalang, hari ini tiadalah yang dituai melainkan lalang juga. Janganlah bermimpi menuai padi!!!!

Ayat 91

Dua kali diulangkan kalimah Umirtu yakni aku diperintahkan.
1) Diperintahkan menyembahkan Tuhan rumah ini (kaabah) iaitu rumah yang diharamkanNya
"Dan bagiNya segala seuatu"- yakni kembalai dhomir kepada Allah. Allah memiliki segala sesuatu.

Mari kita lihat i'rab ayat ini untuk mengenalpasti kenapa isim mausul dalam ayat menggunakan lafaz muzakkar. (rupanya ia kembali kepada Rabb dan bukan kepada Baldah)

{ إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ ( النمل: 91 ) }
﴿إِنَّمَا﴾: إن: حرف توكيد مشبّه بالفعل بطل عمله.
ما: كافة.
﴿أُمِرْتُ﴾: فعل ماضٍ للمجهول مبنيّ على السكون لاتصاله بضمير الرفع المتحرك، و"التاء": ضمير متّصل مبنيّ على الضم في محلّ رفع نائب فاعل.
﴿أَنْ﴾: حرف مصدريّ ونصب.
﴿أَعْبُدَ﴾: فعل مضارع منصوب بـ"أن" وعلامة نصبه الفتحة، والفاعل ضمير مستتر فيه وجوبًا تقديره: أنا.
﴿رَبَّ﴾: مفعول به منصوب وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة على آخره، وهو مضاف.
﴿هَذِهِ﴾: اسم إشارة مبنيّ على السكون في محلّ جرّ بالإضافة.
﴿الْبَلْدَةِ﴾: بدل من اسم الإشارة مجرور بالكسرة.
﴿الَّذِي﴾: اسم موصول مبنيّ على السكون في محلّ نصب صفة للرب.
﴿حَرَّمَهَا﴾: حرم: فعل ماضٍ مبنيّ على الفتح، والفاعل ضمير مستتر فيه جوازًا تقديره: هو.
و"ها": ضمير متّصل مبنيّ على السكون في محلّ نصب مفعول به.
﴿وَلَهُ﴾: الواو: حرف عطف أو استئناف.
له: جارّ ومجرور متعلّقان بخبر مقدم.
﴿كُلُّ﴾: مبتدأ مؤخر مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة على آخره.
﴿شَيْءٍ﴾: مضاف إليه مجرور و علامة جره الكسرة الظاهرة على آخره.


Untuk lebih banyak menyemak cara I'rab ayat2 Quran klik di sini:


2) Diperintahkan supaya jadi orang Islam.

Ayat 92

Perintah yang ketiga menyusul iaitu bacakan Quran. maksudnya sampaikan wahyu Quran kepada mansia.

Lalu tegaskan konsep hidayah milik Alllah dan tugas risalah hanya memberi ingat. Bukan menentukan hidayah milik siapa. 


Ayat 93

Surah ini diakhiri dengan peringatan supaya bersyukur kepada Allah yang tidak mengenakan siksaan kepada seseorang melainkan setelah ditegakkan hujjah. Hujjah itu pula sampai dikenali jalan benar dan salah. 

Allah tidak pernah cuai atas apa yang dikerjakan 








Monday, June 1, 2026

Surah Al-Mudathir ayat 1-56 (MS 575-577)

 


Ayat 31 perlu difahami dengan baik. Kita kembali kepada sebab nuzulnya. Apabila ayat sebelumnya Allah menyatakan ada 19 penjaga neraka, kafir musyrikin mentertawakan bilangan yang sedikit itu. Menurut mereka apalah sangat dengan jumlah 19 penjaga neraka itu. Dengan jumlah mereka yang ramai, 19 penjaga neraka itu dapat dikalahkan dengan mudah. 

Ada seorang bernama Abu Al-Asyaddain bin Usaid bin Kaldah Al-Jamhi(Al-Harith bin Kaladah) mengucapkan kata-kata mengejek:

أنا أمشي بين أيديكم على الصراط فأدفع عشرة بمنكبي الأيمن، وتسعة بمنكبي الأيسر في النار، ونمضي فندخل الجنة.

"Aku akan berjalan di hadapan kamu di atas sirat, lalu aku tolak sepuluh dengan bahu kananku dan sembilan dengan bahu kiriku ke dalam neraka, kemudian kita terus berjalan masuk syurga." 

Dia dan kaum kafir Makkah lain seperti Abu Jahal yang mengejek jumlah 19 itu tidak faham dan ingatkan lawan mereka adalah seperti mereka. Lalu Allah sebutkan dalam 31 bahawa yang menjaga neraka itu adalah malaikat-malaikat yang jika satu malaikat pun tidak terbanding tenaga mereka dengan seluruh manusia sekalipun.

Dalam tafsir surah Al-balad ayat 5, didatangkan juga  kisah perkataan sombong Abu Al-Asyaddain ini. Ayat 5 surah Balad berbunyi:

أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ (5)

"Apakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapa yang berkuasa ke atasnya?" 

Dalam ayat disebutkan "supaya ahli kitab merasa yakin" kerana bilangan 19 itu juga disebutkan dalam kitab taurat dan mereka pun tahu tentang itu.