Monday, June 8, 2026

SURAH AD-DZARIYAT AYAT 1-60 (MS320-323)

 

Demi Dzariat sang angin penyebar
Demi Hamilat sang awan nan sarat
Demi Jariyat bahtera nan berat
Demi Muqassimat malaikat berkhidmat

Semua janji para Rasul
Pasti terjadi tidak tersasul
kiamat itu akan muncul
menjadi nyata serta betul


langit itu ada laluanya
manusia di bumi tidak mengatahuinya
kerana jahil banyak khilafnya
hilang hidayah tidak jumpa jalannya.

Orang bertakwa dalam syurga
mata air memancar pesona
itulah ganjaran Tuhan Rabbana
atas kebaikan dalam dunia.

Masa di dunia malamnya berjaga
berbuat ibadat siap siaga
di waktu dini  istigfar pula
harta yang ada tidak haloba

Kisah Ibrahim jadikan iktibar
malaikat datang menyampaikan khabar
saat putus segala ikhtiyar
dapatlah anak ganjaran sabar

Perihal Sadom disampaikan berita
Azab Tuhan telah tiba 
balasan buat bangsa derhaka
sesama jantina nafsu bergelora




Dalam negeri kafir balaka
Hanya Lut beriman juga
malangnya isteri jenis derhaka
datang azab semua binasa

Kisa Musa nabi Israel
kepada Firaun baginda diwakil
mendakwahi raja yang banyak takwil
akhirnya Firaun mati diwail

Sejak berzaman katanya sama
bukan kerana pesan sesama
para nabi dituduh punya angkara
lalu digelar penyihir durjana

bicara sama antara generasi
bukan kerana pesan abadi
hanya kerana rasa dikongsi
lalu lahirlah ungkapan selari

jika para Nabi dituduh majnun
pewarisnya juga diletak serumpun
nabi digelar sebagai pak dukun
para ulama dituduh jakun

Tugas nabi memberi ingat
siapa mahu dapatlah nikmat
memetik iman buahnya lazat
siapa engkar tak dapat diselamat

peringatan itu memberi manfaat
cuma buat mukminin mukminat
para nabi tidak dilaknat
sekalipun ditolak seluruh jagat
















No comments:

Post a Comment